PENGUMUMAN
-
Masjid secara khususnya ialah tempat umat Islam beribadah. Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, masjid sejak sekian lama telah menjadi medan penyatuan umat dengan pelaksanaan pelbagai kegiatan dakwah, pendidikan dan kemasyarakatan. Membuat content dalam kawasan masjid adalah diharuskan jika dilakukan dengan adab dan etika berdasarkan parameter yang ditetapkan. Etika dan adab yang ditetapkan bertujuan memastikan kemuliaan masjid sentiasa terpelihara dan fungsi asalnya sebagai tempat beribadah kepada Allah SWT sentiasa terjaga.
-
Hukum qada’ puasa bagi musafir yang berbuka kerana rukhsah musafir adalah wajib walaupun telah berpuasa 29 atau 30 hari secara keseluruhannya. Bilangan hari Ramadhan di negara yang berbeza tidak mempengaruhi kewajipan qada', kerana qada' adalah berdasarkan bilangan hari yang tidak dipenuhi pelaksanaannya.
-
Kebiasaan masjid-masjid dan sebahagian surau kebenaran Jumaat di Negeri Selangor menganjurkan aktiviti tazkirah Jumaat sebelum masuknya waktu zohor. Walaupun begitu, terdapat hadis Nabi SAW yang menyebutkan tentang larangan mengadakan halaqah atau perkumpulan sebelum solat Jumaat. Sebahagian individu memahami hadis tersebut sebagai satu bentuk larangan untuk mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat. Maka menjadi satu keperluan untuk memahami hadis tersebut sehingga dapat dikenal pasti hukum dan keperluan mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat.
-
PANGGILAN SUMBANGAN ARTIKEL JURNAL FATWA DAN FALAK SELANGOR (JUFFAS)
Jurnal Fatwa dan Falak (JUFFAS) ialah sebuah jurnal yang ditubuhkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor yang bertemakan Fatwa dan Falak secara umumnya dan menerima pelbagai penulisan dalam bidang berkaitan seperti:












