Bahagian Maktabah
Fungsi Utama Bahagian Maktabah
-
Memastikan koleksi perpustakaan sentiasa ditingkatkan. Koleksi perpustakaan adalah terdiri daripada kitab-kitab, buku-buku terjemahan, kertas kerja seminar, artikel, majalah, keratan akhbar dan sumber multimedia (video dan CD). - Memastikan penyediaan prasarana dan infrastruktur Teknologi Maklumat jabatan dengan lancar.
- Merancang dan melaksanakan strategi penyebaran maklumat kepada masyarakat umum melalui media elektronik atau laman sesawang dan media sosial jabatan.
- Merancang dan mengendalikan latihan dan kursus peningkatan kemahiran ICT bagi pegawai dan kakitangan.
- Menyelaras soal jawab agama melalui emel jabatan.
- Menyelaras rakaman semua perkara berkaitan aktiviti rasmi anjuran jabatan dalam bentuk video dan dimuatkan di dalam laman sesawang jabatan.
- Mengurus bahan-bahan untuk penerbitan dan percetakan seperti Kitab Matla' al-Badrain, buletin jabatan, risalah, majalah dan jurnal termasuk isu-isu semasa yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.