Dasar Privasi
Dasar Privasi
Pengenalan
Kami menghargai privasi anda dan komited untuk melindungi maklumat peribadi yang diberikan. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Pengumpulan Maklumat
Kami mungkin mengumpul maklumat berikut apabila anda menggunakan laman web kami:
- Nama penuh
- Alamat e-mel
- Nombor telefon
- Alamat penghantaran (jika berkaitan)
- Maklumat pembayaran (jika berkaitan)
- Data lain yang anda berikan secara sukarela melalui borang atau interaksi di laman web ini
Tujuan Penggunaan Maklumat
Maklumat yang dikumpul akan digunakan untuk:
- Memberikan perkhidmatan atau produk yang diminta
- Mengurus pendaftaran akaun pengguna
- Menghantar maklumat, promosi, atau notis berkaitan
- Menambah baik kandungan dan pengalaman pengguna di laman web
- Mematuhi keperluan undang-undang atau pihak berkuasa
Pendedahan Maklumat kepada Pihak Ketiga
Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga kecuali:
- Dengan kebenaran anda
- Jika dikehendaki oleh undang-undang
- Kepada penyedia perkhidmatan yang dilantik bagi tujuan pemprosesan data bagi pihak kami (tertakluk kepada kerahsiaan)
Keselamatan Maklumat
Kami menggunakan langkah keselamatan yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi daripada akses tanpa kebenaran, penyalahgunaan, atau pendedahan yang tidak sah. Walau bagaimanapun, tiada sistem yang 100% selamat daripada risiko keselamatan.
Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau dasar privasi laman pihak ketiga tersebut.
Hak Anda
Mengikut PDPA 2010, anda berhak untuk:
- Mengakses dan mendapatkan salinan maklumat peribadi anda
- Memohon pembetulan jika terdapat kesilapan dalam data
- Menarik balik kebenaran penggunaan data pada bila-bila masa
Perubahan Dasar Privasi
Kami berhak mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan diumumkan di laman web ini dengan tarikh kemas kini yang terkini.
Cara Menghubungi Kami
Telefon : 03-55143547
Fax : 03-55197584
E-mail : mail@muftiselangor.gov.my