PENGUMUMAN
-
Berikut adalah Jadual Waktu Solat Negeri Selangor bagi bulan November 2025/ Jumadal Ula - Jumadal Akhirah1447H:
Zon 1 merangkumi daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
Zon 2 merangkumi daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Zon 3 merangkumi daerah Klang dan Kuala Langat.
Dipaparkan juga jadual kedudukan lintasan matahari se arah dengan arah kiblat. Jadual ini boleh digunapakai bagi semua daerah dalam negeri Selangor.
Sekian dimaklumkan. -
Risalah Falak Edisi 15
-
abatan Mufti Negeri Selangor telah menyertai program Japan – Malaysia: Seminar & Workshop On Hilal Observation 2025 anjuran Rukyah Hilal Committee Japan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diadakan di Ginza Blossom Hall, Tokyo pada hari Ahad 19 Oktober 2025. Para peserta terdiri daripada ahli Rukyah Hilal Committee Japan, ahli Japan Muslim Association, pihak pengurusan masjid sekitar Tokyo serta para pegawai JAKIM, Jabatan Mufti Negeri-Negeri dan ahli-ahli akademik institusi pengajian tinggi awam
-
E-Falak Selangor merupakan medium rasmi bagi semua permohonan bagi mendapatkan khidmat penentuan dan pengesahan arah kiblat bagi masjid, surau, musolla, ruang solat, pejabat dan lain-lain premis termasuk rumah persendirian di negeri Selangor. Semua permohonan akan diselaraskan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui pautan seperti berikut:
https://efalak.muftiselangor.gov.my -
Jurnal Fatwa dan Falak Selangor (JUFFAS) ingin memaklumkan penerbitan jilid baharu kami: Vol. 2, No. 1 (2025) sebagai penerbitan ketiga, berikut artikel yang telah diterbitkan: Baca Lanjut.












