PENGUMUMAN
-
Solat secara qasar dan solat secara jamak adalah dua perkara berbeza. Qasar bermaksud memendekkan solat fardu yang empat rakaat kepada dua rakaat. Jamak pula bermaksud menggabungkan dua solat fardu yang berbeza iaitu antara Zohor dengan Asar atau Maghrib dengan Isyak sama ada secara taqdim atau secara ta’khir. Seseorang perlu solat dengan sempurna empat rakaat jika meninggalkan niat qasar semasa takbiratul ihram. Sesiapa yang meninggalkan niat jamak taqdim pada solat yang pertama, maka dia tidak boleh menjamakkan dengan solat yang kedua. Sesiapa yang meninggalkan niat jamak ta’khir setelah berlalu waktu solat yang pertama, maka solat waktu pertama yang dijamakkan pada waktu kedua dikira sebagai qada’.
-
Isu wakaf sering menjadi perbincangan umum menunjukkan ia diambil berat oleh masyarakat. Antara contoh yang disebutkan oleh para ulama silam dalam membincangkan isu wakaf ialah air musabbal. Air musabbal pernah menjadi topik perbincangan yang hangat di Malaysia kerana dijadikan sebagai batu asas kepada perbahasan penggunaan elektrik di masjid. Perbincangan air musabbal secara umumnya tertumpu pada sebahagian rukunnya, iaitu sighah (lafaz) dan syarat yang terkait dengan sighah tersebut. Persoalannya, apakah hukum menggunakan air musabbal selain pada tujuan asal ia diwakafkan?
-
Dakwaan bumi berbentuk datar telah lama wujud, namun ulama dan ahli falak sejak dahulu telah membuktikan bahawa bumi berbentuk sfera. Artikel #16 Taudhih al-Falak: Khilaf Terhadap Tafsiran Rupa Bentuk Bumi Menurut al-Quran[1] telah membahas tafsiran rupa bentuk bumi menurut al-Quran, artikel ini seterusnya menyoroti bukti saintifik dan pandangan ahli falak, sekaligus menjelaskan mengapa bumi sfera adalah fakta yang kukuh dan relevan untuk kehidupan seharian, termasuk dalam penentuan waktu solat dan arah kiblat.
-
Berikut adalah Jadual Waktu Solat Negeri Selangor bagi bulan November 2025/ Jumadal Ula - Jumadal Akhirah1447H:
Zon 1 merangkumi daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
Zon 2 merangkumi daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Zon 3 merangkumi daerah Klang dan Kuala Langat.
Dipaparkan juga jadual kedudukan lintasan matahari se arah dengan arah kiblat. Jadual ini boleh digunapakai bagi semua daerah dalam negeri Selangor.
Sekian dimaklumkan. -
E-Falak Selangor merupakan medium rasmi bagi semua permohonan bagi mendapatkan khidmat penentuan dan pengesahan arah kiblat bagi masjid, surau, musolla, ruang solat, pejabat dan lain-lain premis termasuk rumah persendirian di negeri Selangor. Semua permohonan akan diselaraskan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui pautan seperti berikut:
https://efalak.muftiselangor.gov.my












