PEMAKLUMAN PERUBAHAN ZON WAKTU SOLAT NEGERI SELANGOR MULAI 1 JANUARI 2027

Jabatan Mufti Negeri Selangor ingin memaklumkan bahawa penetapan waktu solat berasaskan zon bagi Negeri Selangor akan mengalami perubahan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027.

Melalui pelaksanaan takwim baharu ini, penetapan waktu solat akan diselaraskan daripada 3 zon kepada berdasarkan 9 daerah bagi memastikan ketepatan waktu solat yang lebih khusus berdasarkan kedudukan geografi setiap daerah.

Sehubungan itu, umat Islam di Negeri Selangor disarankan untuk mengambil maklum perubahan ini dan merujuk kepada takwim waktu solat terkini mengikut daerah masing-masing melalui laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Sila imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan takwim waktu solat terkini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Accessibility Toolbar