PENGUMUMAN
-
Y.A.D. Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah dijemput untuk menyampaikan slot muhasabah bertajuk “Prinsip Qawiyul Amin Sebagai Pentadbir Masjid” dalam Program Multaqa Pentadbir Masjid Negeri Selangor Tahun 2025 yang berlangsung pada 22 – 24 Disember 2025 bertempat di Kinta Riverfront Hotel and Suites, Ipoh. Slot muhasabah tersebut diadakan dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dan memberi fokus kepada pembinaan kekuatan rohani, amanah serta integriti dalam kalangan pentadbir masjid.
-
Najis hukmiy adalah najis yang diyakini ada tetapi tidak diketahui ain najis tersebut kerana ketiadaan sifat-sifatnya iaitu tiada bau, tiada warna dan tiada rasa. Sekiranya sesuatu benda menyentuh permukaan yang masih bernajis dengan najis hukmiy, maka status benda tersebut masih suci dan tidak menjadi mutanajjis. Cara menyucikan najis hukmiy adalah dengan mengalirkan air mutlak ke kawasan yang terdapat najis hukmiy sekurang-kurangnya satu kali. Status air basuhan najis hukmiy menjadi air musta’mal sekiranya air basuhan yang terpisah berubah sifatnya. Sekiranya air basuhan yang terpisah tidak berubah sifatnya, maka ia suci dan menyucikan.
-
JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR MELAKSANAKAN BENGKEL KEBERKESANAN SASARAN KERJA UTAMA (SKU) 2025 DAN PERANCANGAN SASARAN KERJA UTAMA 2026
-
Dakwaan bumi berbentuk datar telah lama wujud, namun ulama dan ahli falak sejak dahulu telah membuktikan bahawa bumi berbentuk sfera. Artikel #16 Taudhih al-Falak: Khilaf Terhadap Tafsiran Rupa Bentuk Bumi Menurut al-Quran[1] telah membahas tafsiran rupa bentuk bumi menurut al-Quran, artikel ini seterusnya menyoroti bukti saintifik dan pandangan ahli falak, sekaligus menjelaskan mengapa bumi sfera adalah fakta yang kukuh dan relevan untuk kehidupan seharian, termasuk dalam penentuan waktu solat dan arah kiblat.
-
E-Falak Selangor merupakan medium rasmi bagi semua permohonan bagi mendapatkan khidmat penentuan dan pengesahan arah kiblat bagi masjid, surau, musolla, ruang solat, pejabat dan lain-lain premis termasuk rumah persendirian di negeri Selangor. Semua permohonan akan diselaraskan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui pautan seperti berikut:
https://efalak.muftiselangor.gov.my












