Jabatan Mufti Selangor tekad bebas rasuah

SHAH ALAM, 12 MEI: Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) berikrar menyemarakkan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam serta bebas rasuah melalui pelaksanaan program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, pihaknya komited melahirkan penjawat awam berdedikasi, berkualiti serta tahan ujian dalam mendepani cabaran masa hadapan.

“Sebagai penjawat awam, bukan hanya rasuah sahaja dilihat sebagai kesalahan dalam berintegriti, tetapi ia meliputi seluruh aspek kehidupan individu.

“Kita tidak boleh menyalahguna kuasa untuk kepentingan sendiri mahupun keluarga. Kita harus bersifat telus dalam memikul tanggungjawab diamanahkan terutama sebagai penjawat awam dalam agensi agama,” katanya dalam program IBR di Bilik Seminar Sakinah, Jabatan Agama Islam (JAIS), di sini, pagi tadi.

mufti sprm1

Mengambil contoh isu terbaru apabila dua orang bekas pegawai masjid di Melaka yang direman empat hari baru-baru ini bagi membantu siasatan berhubung urusan jual beli tanah wakaf masjid, Tamyes akui salahguna kuasa dan integriti boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Situasi ini memberi gambaran kepada kita bahawa isu rasuah boleh berlaku dimana sahaja hatta lebih memilukan jika ianya berlaku pada pihak yang ada hubungkait dengan urusan agama atau institusi agama.

mufti sprm2

“Dengan IBR, saya menyeru kakitangan JMNS mempertingkatkan kualiti kerja serta integriti tinggi dalam melaksanakan tuntutan amanah yang dipikul,” katanya.

Sumber: https://selangorkini.my

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com