Tarikh:
26 Mei 2023
Disediakan
oleh: Ahmad
Amiruddin bin Ahmad Shukri
Pendahuluan
Islam menjadikan ibadah solat sunat sebagai ganjaran
tambahan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Antara solat sunat yang
digalakkan serta dianjurkan ialah solat sunat Rawatib iaitu solat sunat qabliyyah (sebelum) dan baโdiyyah (selepas) solat fardu.
Tujuannya adalah sebagai pelengkap yang menyempurnakan kekurangan ibadah solat
fardu yang didirikan. Secara lazimnya, solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada
dua iaitu sunat muakkad dan ghayr muakkad. Namun perbahasan pada
kali ini ingin memfokuskan perihal tertib solat sunat Rawatib bagi orang yang
solat jamak.
Secara umumnya, solat sunat Rawatib disunatkan bagi sekalian
solat fardu bahkan ia juga sunat dilakukan bagi orang yang sedang sedang
bermusafir dan melaksanakan solat secara jamak
dan qasar. Hal ini sebagaimana yang
dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam kitab al-Majmuโ
Syarh al-Muhadhab, katanya:
โููุงูู
โุฃูุตูุญูุงุจูููุง โููุณูุชูุญูุจูู โุตูููุงุฉู โุงููููููุงูููู ููู ุงูุณููููุฑู ุณูููุงุกู
ุงูุฑููููุงุชูุจู ู
ูุนู ุงููููุฑูุงุฆูุถู ููุบูููุฑูููุง[1]
Maksudnya: Berkata ashab kami (ulama mazhab Shafiโi) bahawa
sunat mengerjakan solat-solat sunat ketika bermusafir, sama ada solat sunat
Rawatib yang diiringi dengan solat fardu ataupun solat sunat lain.
Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh Imam Nawawi di
atas, perihal solat sunat tidak hanya dikhususkan bagi solat sunat Rawatib
bahkan solat sunat yang selainnya juga turut sunat dilakukan ketika bermusafir.
Tertib
solat sunat Rawatib ketika solat jamak
Imam Nawawi dalam kitab Raudhah
al-Talibin telah mengklasifikasikan tertib atau turutan bagi solat sunat
Rawatib ketika jamak dan qasar, katanya:
โุฅูุฐูุง โุฌูู
ูุนู โุงูุธููููุฑู โููุงููุนูุตูุฑู โุตููููู โุณููููุฉู โุงูุธููููุฑู
ุซูู
ูู ุณููููุฉู ุงููุนูุตูุฑู ุซูู
ูู ููุฃูุชูู ุจูุงููููุฑููุถูุชููููู. ููููู ุฌูู
ูุนู
ุงููุนูุดูุงุกู ููุงููู
ูุบูุฑูุจู ููุตููููู ุงููููุฑููุถูุชููููู ุซูู
ูู ุณููููุฉู ุงููู
ูุบูุฑูุจู
ุซูู
ูู ุณููููุฉู ุงููุนูุดูุงุกู ุซูู
ูู ุงููููุชูุฑู. ููููุชู: ููุฐูุง ุงูููุฐูู ููุงูููู
ุงููุฅูู
ูุงู
ู ุงูุฑููุงููุนูููู ููู ุงููู
ูุบูุฑูุจู ููุงููุนูุดูุงุกู ุตูุญููุญูุ ููุฃูู
ููุง ููู
ุงูุธููููุฑู ููุงููุนูุตูุฑู ููุดูุงุฐูู ุถูุนููููุ ููุงูุตููููุงุจู ุงูููุฐูู ููุงูููู
ุงููู
ูุญููููููููู: ุฃูููููู ููุตููููู ุณููููุฉู ุงูุธููููุฑู ุงูููุชูู ููุจูููููุงุ ุซูู
ูู
ููุตููููู ุงูุธููููุฑูุ ุซูู
ูู ุงููุนูุตูุฑูุ ุซูู
ูู ุณููููุฉู ุงูุธููููุฑู ุงูููุชูู ุจูุนูุฏูููุงุ
ุซูู
ูู ุณููููุฉู ุงููุนูุตูุฑู[2]
Maksudnya: Apabila seseorang itu
ingin melakukan solat jamak Zohor dan
Asar, maka dia perlu menunaikan solat sunat Zohor, kemudian solat sunat Asar,
dan setelah itu barulah dia menunaikan solat fardu tersebut. Manakala pada jamak antara Isyak dan maghrib pula,
hendaklah dia menunaikan dua fardu itu (Maghrib dan Isyak), kemudian solat
sunat Maghrib, kemudian solat sunat Isyak, dan setelah itu solat sunat Witir.
Aku berkata (Imam Nawawi): Apa yang dikatakan oleh Imam Rafiโi pada jamak taqdim antara Maghrib dan Isyak
adalah betul. Adapun pada Zohor dan Asar, maka ia adalah pandangan syaz yang lemah. Yang lebih tepat adalah
sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama Muhaqqiqun
iaitu seseorang itu perlu melakukan solat sunat qabliyyah Zohor kemudian solat fardu Zohor, kemudian solat fardu
Asar, kemudian solat sunat baโdiyyah
Zohor dan setelah itu barulah solat sunat Asar.
Kenyataan di atas turut disokong oleh Syeikh Zakariyya
al-Ansari iaitu tokoh di dalam mazhab Shafiโi. Syeikh Zakariyya al-Ansari
menyebutkan bahawasanya:
(โููุฅููู โุฌูู
ูุนู โุชูููุฏููู
ูุง) โุจููู โุฃููู โุชูุฃูุฎููุฑูุง โููู โุงูุธููููุฑูุ
โููุงููุนูุตูุฑู (โุตููููู โุณููููุฉู โุงูุธููููุฑู โุงูููุชูู โููุจูููููุงุ โุซูู
ูู โุงููููุฑููุถูุชููููู)
โุงูุธููููุฑูุ โุซูู
ูู โุงููุนูุตูุฑู (โุซูู
ูู โุจูุงูููู โุงูุณูููููู โู
ูุฑูุชููุจูุฉู) โุฃููู โุณููููุฉู
โุงูุธููููุฑู โุงูููุชูู โุจูุนูุฏูููุงุ โุซูู
ูู โุณููููุฉู โุงููุนูุตูุฑู (โููููู โุงููู
ูุบูุฑูุจูุ
โููุงููุนูุดูุงุกู โููุตููููู โุงููููุฑููุถูุชูููููุ โุซูู
ูู โุงูุณูููููู โู
ูุฑูุชููุจูุฉู) โุณููููุฉู
โุงููู
ูุบูุฑูุจูุ โุซูู
ูู โุณููููุฉู โุงููุนูุดูุงุกู (โุซูู
ูู โุงููููุชูุฑู)[3]
Maksudnya: (Jika seseorang melakukan
jamak taqdim) bahkan sekalipun taโkhir pada solat Zohor dan Asar, (dia
perlu solat sunat qabliyyah zohor
terlebih dahulu, kemudian tunaikan kedua-dua solat fardu) iaitu fardu Zohor kemudian
fardu Asar secara jamak taqdim,
(kemudian tunaikan baki solat sunat menurut turutan) iaitu solat sunat ba’diyyah Zohor, setelah itu solat
sunat Asar (qabliyyah Asar). (Dan
bagi solat Maghrib dan Isyak, tunaikan kedua-dua solat fardu terlebih dahulu, kemudian
solat sunat mengikut turutan) iaitu sunat baโdiyyah
Maghrib, kemudian sunat Isyak,
(kemudian Witir).
Maka dirumuskan tertibnya adalah sebagaimana berikut:
- Turutan jika solat jamak taqdim Zohor dan Asar.
(Begitu juga hal keadaan jamak
taโkhir)
โ
Solat sunat Qabliyyah
Zohor
โ
Solat fardu Zohor
โ
Solat fardu Asar
โ
Solat sunat Baโdiyyah Zohor
โ
Solat sunat Qabliyyah
Asar
- Turutan solat jika jamak taqdim Maghrib dan Isyak.
(Begitu juga hal keadaan jamak
taโkhir)
โ
Solat fardu Maghrib
โ
Solat fardu Isyak
โ
Solat sunat Baโdiyyah Maghrib
โ
Solat sunat Qabliyyah Isyak
โ
Solat sunat Baโdiyyah Isyak
โ
Solat sunat Witir
Kesimpulan
Solat sunat Rawatib boleh dikerjakan ketika jamak dan qasar bahkan pengamalannya juga disunatkan. Justeru seseorang yang
ingin melaksanakan solat sunat Rawatib ketika jamak dan qasar perlu
mengikut turutan seperti berikut iaitu, bagi solat jamak taqdim Zohor dan Asar maka perlu dimulakan dengan solat sunat
qabliyyah Zohor terlebih dahulu
kemudian diikuti dengan solat fardu Zohor dan fardu Asar, setelah itu
diselesaikan dengan solat sunat baโdiyyah
Zohor dan solat sunat qabliyyah Asar.
Adapun bagi solat jamak Maghrib dan Isyak pula, perlu dimulakan dengan dengan
solat fardu Maghrib dan fardu Isyak terlebih dahulu, setelah itu diikuti dengan
solat sunat baโdiyyah Maghrib
kemudian qabliyyah dan baโdiyyah Isyak serta diakhiri dengan
solat sunat Witir.
[1] Al-Nawawฤซ. Abลซ Zakariyyฤ Muแธฅyฤซ al-Dฤซn al-Syaraf. al-Majmuโ Syarแธฅ al-Muhadhab. Dar al
Fikr. Jil. 4, ms. 400.
[2] Al-Nawawฤซ. Abลซ Zakariyyฤ Muแธฅyฤซ al-Dฤซn al-Syaraf. (1991). Rawแธhah al-แนฌฤlibin wa โUmdah al-Muftฤซn. Beirut:
Maktabah al-Islamiyy. Jil. 1, ms. 402.
[3] Al-Ansฤrฤซ. Abลซ Yaแธฅya Zakariyya. (t.t.). Asnฤ al-Maแนญฤlib Syarแธฅ Rawแธ at-แนฌฤlib. Dar al-Kutub al-Islamiyy. Jil. 1, ms. 245.

