πππππππππ ππππππ ππππππππ ππ¦π¦ππ πππ€ππ’
SHAH ALAM 12 Mei 2026β Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada deligasi Ummet Vakfi dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah dan profesional.
Deligasi diketuai oleh Dr. Ahmad Saeed dan dihadiri bersama Issa Alamleh dan Abdalrahman Farwana. Deligasi tersebut telah disambut oleh Mufti Selangor, Datoβ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir.
Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi deligasi berkenaan ke Malaysia bagi memperkukuh hubungan strategik dengan institusi berkaitan.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam mempereratkan jaringan kerjasama serta membuka ruang kepada hubungan yang lebih erat pada masa hadapan.
Jabatan Mufti Negeri Selangor merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan baik ini dapat terus diperkasakan.

