Tawaran adalah dipelawa kepada penyebut harga-penyebut harga yang masih dibenarkan membuat tawaran masa ini dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta mempunyai kemampuan dari segi kewangan, kepakaran dan berpengalaman dalam melaksanakan bidang-bidang yang dicadangkan seperti berikut :
|
Bil. |
No. Sebutharga |
Butir-Butir Kenyataan Tawaran Sebutharga |
Kelayakan Kontraktor |
Harga |
|
1. |
MUFTI.SEL/BKP/03/BCS/26 |
Sebutharga Penggantian Sistem Teleskop Di Kubah Cerapan Utama Di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
|
Berdaftar dan membawa sijil asal Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 140202, 140502, 140503
DAN
Berdaftar dengan Sistem Kontraktor Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan mengemukakan pengesahan pendaftaran
|
Percuma |
1. Dokumen sebut harga boleh diperolehi secara percuma dengan memuat turun dokumen di Sistem Tender Online Selangor.
2. Tawaran hendaklah dibuat mengikut format borang yang telah ditetapkan. Tarikh tutup sebutharga adalah 27 FEBRUARI 2026 (JUMAAT) jam 12.00 tengah hari. Borang tawaran yang telah diisi dengan lengkapnya hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditanda pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat dengan kod sebutharga MUFTI.SEL/BKP/03/BCS/26 dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di alamat seperti berikut :
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Jabatan Mufti Negeri Selangor,
Tingkat 8, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor
3. Penyebut harga dimestikan mengisi borang-borang yang terdapat di dalam Dokumen Sebut harga ini dan melampirkan perkara-perkara yang dinyatakan dengan sempurna. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan.
4. Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak semestinya menerima tawaran yang terendah atau mana – mana tawaran.
5. Sebarang pertanyaan mengenai sebut harga ini bolehlah menghubungi pegawai yang berkenaan seperti di bawah:
a. Encik Norameen bin Burhanuddin 012-9464798,
b. Encik Norakmal Azraf bin Awaluddin 013-2653743
6. Harga Indikatif bagi perbekalan ini adalah RM120,000.00
Muat Turun Dokumen : > Dokumen Sebutharga
