Bandar Seri Putra, Kajang, 21 Januari 2026 – Team Media Jabatan Mufti Negeri Selangor diketuai oleh Ustaz Khairiamri bin Ahmad telah mengadakan kunjungan ke KUISCELL Sdn. Bhd. yang terletak di Kampus Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan kerjasama strategik media bersama KUISCELL untuk membangunan produk media digital bagi hebahan dakwah untuk masyarakat.
Semoga kunjungan ini dapat mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua pihak agar menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti media digital, keberkesanan serta kecekapan penyampaian dakwah.

