Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS)

SHAH ALAM, 15 Januari 2026 – Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS). 

 

Pertemuan ini menjadi medan pertukaran pandangan berkaitan hukum-hakam Islam, khususnya dalam isu kewangan Islam serta tadbir urus dana patuh Syariah. 

 

Selain itu, perbincangan turut menyentuh isu-isu fatwa semasa yang memerlukan penelitian berterusan agar panduan yang diberikan kepada masyarakat sentiasa relevan dan sejajar dengan maqasid syariah.

 

Kunjung hormat ini dihadiri oleh Hj. Zaharuddin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial, Mohd Azim Mohd Saufi, Pegawai Jabatan Kewangan Sosial, Elya bin Sohaimi, Pengurus BMMB Cawangan Laman Seri, serta Ahmad Sharifudin bin Zulkifli, Pengurus Perniagaan BMMB Cawangan Laman Seri.

 

Pada penghujung pertemuan, pihak Bank Muamalat telah menyerahkan mock check kepada jabatan mufti negeri selangor sebagai dana wakalah zakat yang akan dimanfaatkan khususnya di  Unit Dirasat Ilmiah. 

 

Dengan dana ini, pelantikan Pegawai Penyelidik dapat dibuat untuk memenuhi keperluan memperkasa dan memajukan penyelidikan kajian Islamiah di Jabatan Mufti Negeri Selangor.

 

 

Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Mufti Negeri Selangor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Accessibility Toolbar