KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH TENGAH
Pelabuhan Klang, 12 Januari 2026 – Y.A.D. Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor bersama pegawai Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) iaitu Ustaz Muhammad Fahmi bin Mohamad Soen dan Ustaz Mohd Hafiz Shafiq bin Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Tengah bagi mengukuhkan kerjasama dan hubungan kerja antara kedua-dua jabatan. Delegasi JMNS telah disambut oleh YBrs. Encik Hairizam bin Albukhari, Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah bersama pegawai JLM.
Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan fungsi dan peranan JMNS dan JLM, khususnya ketika cerapan hilal di Bukit Jugra yang bersebelahan dengan Rumah Api seliaan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah dalam urusan yang memerlukan penyelarasan bersama daripada aspek teknikal, logistik dan penggunaan fasiliti.
Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua pihak agar lebih tersusun bagi menyokong pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan.
