“Prinsip Qawiyul Amin Sebagai Pentadbir Masjid” dalam Program Multaqa Pentadbir Masjid Negeri Selangor Tahun 2025

Qawiyul Amin: Mengangkat Martabat Tadbir Urus Masjid Selangor.

Y.A.D. Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah dijemput untuk menyampaikan slot muhasabah bertajuk “Prinsip Qawiyul Amin Sebagai Pentadbir Masjid” dalam Program Multaqa Pentadbir Masjid Negeri Selangor Tahun 2025 yang berlangsung pada 22 – 24 Disember 2025 bertempat di Kinta Riverfront Hotel and Suites, Ipoh. Slot muhasabah tersebut diadakan dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dan memberi fokus kepada pembinaan kekuatan rohani, amanah serta integriti dalam kalangan pentadbir masjid.

Program Multaqa ini menghimpunkan para pentadbir masjid dari seluruh Negeri Selangor sebagai platform pengukuhan kefahaman, perkongsian pengalaman dan pemantapan tadbir urus masjid. Penganjuran program ini bertujuan melahirkan pentadbir masjid yang berkeupayaan mengurus institusi masjid secara profesional, berkesan dan selari dengan tuntutan syarak serta keperluan masyarakat setempat.

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkasa peranan masjid sebagai pusat ibadah, dakwah dan pembangunan ummah. Melalui pengisian berbentuk muhasabah dan bimbingan kepimpinan, para peserta diharap dapat menghayati konsep qawiy (kuat) dan amin (amanah) dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pentadbir masjid yang dipercayai dan berwibawa.

Accessibility Toolbar