MAJLIS PENANDAAN ARAH KIBLAT SURAU AL-HIDAYAH IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SELANGOR

Shah Alam, 15 Disember 2025 (Isnin) – Majlis Penandaan Arah Kiblat Surau Al-Hidayah Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Miszairi bin Haji Sitiris, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor mewakili Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor disaksikan oleh YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.

Semoga projek pembinaan Surau Al-Hidayah bermula Januari 2026 berjalan dengan baik bertepatan dengan hasrat untuk menjadi pusat pengimarahan syiar Islam dan penganjuran program kerohanian buat warga bomba.

Accessibility Toolbar