𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐇𝐓𝐒𝐔𝐋 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌, 𝟓 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) telah menganjurkan 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐁𝐚𝐡𝐭𝐬𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐬𝐚𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 bertempat di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.
Program ini dirangka untuk menjelaskan permasalahan berkaitan kefatwaan dan hukum syarak khususnya di Negeri Selangor di samping mempertemukan para ilmuwan dari pelbagai institusi dalam satu pentas ilmu.
Program Bahtsul Masail ini bukan sahaja berperanan mengeratkan hubungan antara para alim ulama, asatizah dan para peserta, malah menjadi wadah untuk menyuntik semangat generasi muda agar membudayakan ilmu serta bermusyawarah dengan bijaksana, celik dalam melontarkan pandangan berdasarkan kitab-kitab turath dan menjadikan ilmu sebagai jambatan penyatuan ummah.
Majlis Perasmian Bahtsul Masail 2025 telah disempurnakan oleh Y.A.D. Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor pada 5 November 2025. Selain itu, sebagai tanda penghargaan, penyampaian cenderahati turut disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Dr. Haji Miszairi bin Haji Sitiris, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Negeri Selangor kepada semua peserta, moderator, perumus dan musahhih yang telah memberikan komitmen serta sumbangan dalam menjayakan program ini.
Jabatan Mufti Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

