
Shah Alam, 26 Ogos 2025 – Jabatan Mufti Negeri Selangor telah selesai menjalani Audit Pensijilan Semula oleh pihak SIRIM. Audit yang berlangsung selama dua hari, pada 25 dan 26 Ogos 2025, telah dikendalikan oleh dua orang auditor iaitu Puan Hajah Hanida binti Ghazali dan Encik Mahmud Rizal bin Othman.
Sepanjang proses audit yang dijalankan, pihak auditor mendapati tiada sebarang Non-Conformity Report (NCR) direkodkan dan satu Opportunity For Improvement (OFI). Keputusan ini sekaligus membuktikan komitmen Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam mengekalkan kualiti sistem pengurusan serta pematuhan kepada piawaian yang ditetapkan.
Alhamdulillah, semoga Pensijilan Semula ini diharap dapat memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan jabatan kepada masyarakat, seiring dengan visi dan misi Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai badan berautoriti utama dalam hal ehwal hukum syarak di negeri ini.






