SEBUTHARGA BAGI MEMBANGUN, MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH SISTEM PENGURUSAN FATWA SELANGOR BAGI JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
Tawaran adalah dipelawa kepada penyebutharga-penyebutharga yang masih dibenarkan membuat tawaran masa ini dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta mempunyai kemampuan dari segi kewangan, kepakaran dan berpengalaman dalam melaksanakan bidang-bidang yang dicadangkan seperti berikut :
BIL. |
NO. SEBUTHARGA | BUTIR-BUTIR KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA |
KELAYAKAN KONTRAKTOR |
LAWATAN TAKLIMAT |
1. |
MUFTI.SEL/BKP/02/ICT/26 |
Sebutharga Bagi Membangun, Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Sistem Pengurusan Fatwa Selangor Bagi Jabatan Mufti Negeri Selangor | Berdaftar dan membawa sijil asal Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 210102, 210103 & 210104 DAN
Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan mengemukakan pengesahan pendaftaran |
WAJIB (22 Mei 2026) Jam: 9.30 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat Tingkat 8, Jabatan Mufti Negeri Selangor
|
1. Dokumen sebutharga boleh diperolehi secara percuma dengan memuat turun dokumen di Sistem Tender Online Selangor.
2. Tawaran hendaklah dibuat mengikut format borang yang telah ditetapkan. Tarikh tutup sebutharga adalah 26 Mei 2026 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Borang tawaran yang telah diisi dengan lengkapnya hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditanda pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat dengan kod sebutharga MUFTI.SEL/BKP/02/ICT/26 dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di alamat seperti berikut :
Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Mufti Negeri Selangor,
Tingkat 8, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor
3. Penyebutharga dimestikan mengisi borang-borang yang terdapat di dalam Dokumen Sebutharga ini dan melampirkan perkara-perkara yang dinyatakan dengan sempurna. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan.
4. Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak semestinya menerima tawaran yang terendah atau mana – mana tawaran.
5. Sebarang pertanyaan mengenai sebut harga ini bolehlah menghubungi pegawai yang berkenaan seperti di bawah:
a. Puan Ts. Siti Julaika binti Hashim 03-55143731,
b. Encik Mohd. Amin bin Hanapiah 019-3298384, atau
c. Encik Norakmal Azraf bin Awaluddin 013-2653743
6. Harga Indikatif bagi perbekalan ini adalah RM 124,000.00
