Perjumpaan Bersama Islamic Banking & Finance Institute Malaysia Perkukuh Kerjasama Program INTIPATI

๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข๐œ ๐๐š๐ง๐ค๐ข๐ง๐  & ๐…๐ข๐ง๐š๐ง๐œ๐ž ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ๐ž ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ˆ๐๐“๐ˆ๐๐€๐“๐ˆ

11 Mei 2026 โ€“ Satu sesi perjumpaan bersama Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM) telah diadakan pada jam 10.00 pagi bagi memperkukuhkan persefahaman serta membuka ruang pertukaran pandangan dalam usaha memajukan sektor kewangan Islam menerusi program INTIPATI.

Perjumpaan tersebut menjadi platform penting dalam membincangkan potensi kerjasama strategik, pembangunan program berkaitan kewangan Islam serta usaha memperluaskan kefahaman masyarakat terhadap sistem kewangan Islam yang mampan dan berdaya saing.

Selain itu, sesi berkenaan turut memberi penekanan kepada kepentingan perkongsian kepakaran, pembangunan modul pendidikan serta pengukuhan jaringan antara institusi dalam memperkasakan agenda kewangan Islam di peringkat semasa.
ย 
Diharapkan hasil perbincangan ini dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat serta menyokong pembangunan program INTIPATI secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.

Accessibility Toolbar