Kunjungan Hormat Deligasi Ummet Vakfi

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ„π‹πˆπ†π€π’πˆ π”π¦π¦πžπ­ π•πšπ€πŸπ’

SHAH ALAM 12 Mei 2026β€” Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada deligasi Ummet Vakfi dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah dan profesional.

Deligasi diketuai oleh Dr. Ahmad Saeed dan dihadiri bersama Issa Alamleh dan Abdalrahman Farwana. Deligasi tersebut telah disambut oleh Mufti Selangor, Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi deligasi berkenaan ke Malaysia bagi memperkukuh hubungan strategik dengan institusi berkaitan.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut menyentuh secara umum isu berkaitan pendidikan di Al-Quds, Palestin.
Β 

Pertemuan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam mempereratkan jaringan kerjasama serta membuka ruang kepada hubungan yang lebih erat pada masa hadapan.

Jabatan Mufti Negeri Selangor merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan baik ini dapat terus diperkasakan.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Mufti Negeri Selangor

Accessibility Toolbar