Mufti Selangor Panel Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Ulang Tahun YIDE Ke-15

Mufti Selangor Panel Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Ulang Tahun YIDE Ke-15

SHAH ALAM, 12 Februari 2026 — Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor tampil sebagai salah seorang panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam sempena ulang tahun ke-15 Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang berlangsung di Dewan Syarahan & Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Forum bertemakan “Kelahiran Insan Ri’ayah” itu membincangkan kepentingan melahirkan masyarakat berjiwa penyayang dan prihatin terhadap kebajikan umat islam khususnya anak yatim.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan hadir Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor serta disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM.

Secara keseluruhan, penganjuran program ilmiah seperti ini wajar diteruskan kerana menjadi medan penting menyebarkan kefahaman Islam yang menyeluruh, menyatukan masyarakat serta menyemai nilai keprihatinan dan kasih sayang dalam kehidupan beragama.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Mufti Negeri Selangor

Accessibility Toolbar