KONVENSYEN FALAK SELANGOR 2025
𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌, 𝟏𝟏 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Melaka dan dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Konvensyen Falak Selangor 2025 kali ke-10 pada 9 hingga 11 September 2025 bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam dan Hotel DePalma, Shah Alam.
Konvensyen dwitahunan ini bukan sekadar pertemuan ilmiah, tetapi merupakan wadah strategik dalam usaha memperkukuh dan memperkembangkan ilmu falak, khususnya di negeri Selangor. Program-program yang telah dilaksanakan adalah:
1. Pertandingan Olimpiad Falak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan
2. Pertandingan Inovasi Aplikasi Falak: Jam Matahari
3. Ijtimak Pegawai Falak Se-Malaysia
Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Falak Selangor 2025 telah disempurnakan oleh Y.A.D. Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 11 September 2025 yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Olimpiad Falak Kebangsaan dan pemenang Pertandingan Inovasi Aplikasi Falak Jam Matahari.
Keputusan Pertandingan Olimpiad Falak Kebangsaan adalah seperti berikut:
Johan Keseluruhan : Negeri Sembilan 1
Naib Johan : Melaka 1
Ketiga : Selangor 1
Keempat : Selangor 3
Kelima : Negeri Sembilan 2
Keputusan Pertandingan Inovasi Aplikasi Falak Jam Matahari adalah seperti berikut:
Johan : Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ),
Sungai Besar
Naib Johan : Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang (SAMPP), Sekinchan
Ketiga : Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang
Penganjuran Konvensyen Falak Selangor 2025 mencerminkan kesungguhan Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam memperkasa bidang falak, memperkukuh integrasi ilmu dalam masyarakat awam serta melahirkan generasi yang berpengetahuan, berkemahiran dan berinovasi dalam bidang falak.













