KEMBARA SEJARAH PENINGGALAN TAMADUN FALAK SEMPENA KURSUS JANGKA PENDEK SYARIAH (FALAK) DI REPUBLIK TURKIYE

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.KEMBARA SEJARAH PENINGGALAN TAMADUN FALAK SEMPENA KURSUS JANGKA PENDEK SYARIAH (FALAK) DI REPUBLIK TURKIYE

 

Kembara meneroka sejarah peninggalan tamadun falak Islam telah diadakan pada hari Jumaat, 13hb September 2024 bersamaan 9 Rabi’ul Awwal 1446H sempena hari terakhir Kursus Jangka Pendek Syariah (Falak) di Republik Turkiye sebelum kembali ke Malaysia. Kembara ini diketuai oleh Prof. Dr. Mohd. Fauzi bin Hamat, Dekan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

 

Lokasi tumpuan kembara falak tertumpu kepada 2 (dua) lokasi iaitu Muzium Topkapi dan Masjid Hagia Sophia di Kota Istanbul. Sejumlah peralatan falak yang digunakan dalam hitungan falak seperti rubuk mujayyab, astrolab, jam matahari dan kompas penunjuk arah telah ditemui dan dipamerkan kepada orang ramai di Muzium Topkapi. 

 

Manakala, penjejakan di Masjid Hagia Sophia menemukan peralatan mizwalah yang dipamerkan di luar kawasan masjid dan jam matahari yang terletak di dinding luar bangunan masjid. Penciptaan beberapa peralatan hitungan falak ini menunjukkan sejarah panjang kehebatan tamadun Islam dan ketinggian ilmu tokoh-tokoh falak zaman silam dalam merungkai pergerakan dan peredaran objek samawi. 

 

Kembara selama 3 jam ini memberikan pengetahuan yang amat berguna kepada semua peserta bagi sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang falak khususnya agar dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada masyarakat.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com