MESYUARAT AGONG PERSATUAN AHLI FALAK NEGERI SELANGOR

Y.A.D. Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar bin Hj. Opir, S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah menyampaikan ucapan perasmian sempena Mesyuarat Agong Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor yang telah diadakan pada 25 Mei 2024 bertempat di Kem Bina Jati, Jalan Kebun, Klang.

Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Selangor. Persatuan ini menjalankan program-program pendidikan ilmu falak kepada orang ramai dan memberi perkhidmatan menentukan arah kiblat rumah-rumah kediaman dalam Negeri Selangor.

Mesyuarat pada kali ini merupakan mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2024 – 2026. Semoga persatuan ini terus cemerlang bersama- sama Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam menyebarluaskan ilmu falak di Negeri Selangor.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com