CERAMAH KHAS FALAK DAN MALAM PENEROKAAN ANGKASA@MASJID AL-MUSTAQIM, KG. ABU BAKAR BAGINDA, BANDAR BARU BANGI

Bandar Baru Bangi, 17 Mei 2024 (Jumaat), Jabatan Mufti Negeri Selangor telah memenuhi jemputan Masjid al-Mustaqim, Kg. Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi bagi mengadakan program Ceramah Khas Falak Dan Malam Penerokaan Angkasa bertempat di Masjid al-Mustaqim, Kg. Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi. Program bermula pada jam 8.00 malam selepas solat Maghrib dengan sesi ceramah khas falak bertajuk “Falak Dan Kehidupan Manusia” yang disampaikan oleh Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali, Penolong Mufti Kanan (Bahagian Falak).

Program diteruskan dengan sesi cerapan objek samawi selepas solat Isyak sehingga jam 11.00 malam. Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menyediakan sebuah teleskop bagi memberi peluang kepada semua ahli kariah yang hadir dalam program tersebut untuk merasai sendiri pengalaman melihat kawah bulan dengan menggunakan teleskop yang disediakan. Disamping itu juga, program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada ahli kariah berkaitan ilmu falak dan juga fungsi Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com