S.S. MUFTI SELANGOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SYEIKH DR. SAID FOUDAH

Shah Alam, 14 Mei – Y.A.D Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, S.S Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah menerima kunjungan Syeikh Dr. Said Foudah dalam rangka lawatannya ke Malaysia.

Pertemuan ringkas ini memberi peluang kepada S.S. Mufti dan Sheikh untuk saling beramah mesra di samping mendengar perkongsian maklumat daripada Syeikh tentang kemelut yang berlaku di Palestin memandangkan keluarga Syeikh berasal dari Palestin, antara lain pertemuan ringkas ini juga diselitkan dengan muzakarah ilmiah berkaitan perbandingan akidah dan usul fiqh antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.

Diakhir pertemuan Syeikh menghadiahkan S.S. Mufti Selangor buku karangan beliau sendiri bertajuk Syarh Aqidah al-Tahawiyyah. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan serta dapat menjalin kerjasama dimasa hadapan.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com