MAJLIS PENTUPAN MUHADHARAH GURU KELAB FALAK SEKOLAH NEGERI SELANGOR

Y.A.D. Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar bin Hj. Opir, S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah menyempurnakan majlis penutupan program Muhadharah Guru Penyelaras Kelab Falak Sekolah Negeri Selangor yang telah diadakan pada 14 hingga 15 Mei 2024 bertempat di Institut Pemberdayaan Ummah Negeri Selangor (INSPES).

Program ini bertujuan mengumpulkan semua guru Kelab Falak Sekolah Negeri Selangor bagi membincangkan pelaksanaan program dan aktiviti falak peringkat sekolah bagi tahun 2024.

Terima kasih diucapkan kepada para penceramah, iaitu En. Shahrin bin Ahmad, Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor dan Ustaz Khairul Anuar bin Mohd Yazid, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sudi menerima jemputan berkongsi idea dan ilmu pengetahuan kepada para peserta.

Pihak sekolah diharap agar dapat melaksanakan program-program falak di peringkat sekolah berpandukan Modul Pembelajaran Kelab Falak Sekolah Negeri Selangor dan Buku Aktiviti Kelab Falak Sekolah sama ada secara bersendirian mahupun secara kerjasama dengan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com