PAMERAN DAN CERAPAN OBJEK SAMAWI DI MASJID BUKIT KAPAR 2, KLANG

Klang, 27 Januari 2024 (Sabtu) – Jabatan Mufti Negeri Selangor telah memenuhi jemputan Masjid Bukit Kapar 2, Klang bagi mengadakan pameran dan membuat cerapan objek samawi bersempena program Karnival Jom Ke Masjid yang dilaksanakan oleh masjid tersebut. Program pameran bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 7.00 malam dan disambung dengan Malam Penerokaan Angkasa pada jam 8.00 malam sehingga 12.00 malam.

Pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menyediakan sebuah teleskop bagi memberi peluang kepada semua ahli kariah yang hadir ke Karnival Jom Ke Masjid merasai sendiri pengalaman melihat planet Musytari dan kawah bulan dengan menggunakan teleskop yang disediakan. Di samping itu juga, program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada ahli kariah berkaitan ilmu falak dan juga fungsi Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com