Hukuman Takzir Bagi Kesalahan Percubaan Keluar Islam

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 Jun 2003 telah memutuskan bahawa:

Hukuman takzir dikenakan ke atas orang cuba keluar Islam adalah seperti berikut:

i. Hukuman denda yang tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun bagi orang yang cuba keluar Islam sahaja dan tidak mempengaruhi orang lain.

ii. Hukuman denda tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun serta tidak melebihi 6 kali sebatan bagi orang yang cuba keluar Islam serta mempengaruhi orang lain.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com