Hukum Wanita Dan Orang Bukan Islam Sebagai Amil Zakat Gaji Dan Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeri

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan;

Menerima pakai keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu;

i. Lembaga Hasil Dalam Negeri hendaklah melantik pegawai-pegawai beragama Islam sebagai amil bagi menguruskan zakat gaji dan pendapatan sementara urusan yang tidak berkaitan dengan zakat secara langsung seperti kerani, pemandu dan sebagainya boleh dilantik dikalangan orang bukan Islam.
ii. Boleh melantik wanita Islam sebagai amil di Lembaga hasil Dalam Negeri.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com