Hukum Solat Jumaat Kakitangan Syarikat Stenta Film (M) Sdn. Bhd.

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 April 2002 telah memutuskan bahawa: 


1) Adalah wajib bagi kakitangan Syarikat Stenta Film (M) Sdn. Bhd. yang mencukupi syarat wajib Sembahyang Jumaat untuk menunaikan Sembahyang Jumaat.

2) Di samping itu juga Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor mencadangkan agar pihak syarikat:-

i. Melantik orang bukan Islam untuk bertugas di waktu tengahari Jumaat sama ada secara tetap atau sementara.

ii. Melantik kaum wanita atau bukan Islam untuk bertugas di waktu tengahari Jumaat.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com