Hukum Pembayaran Zakat Melalui Kad Kredit/ Kad Bank Islam

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 19 Februari 2002 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa:

Harus / boleh membayar zakat melalui kad kredit / kad bank Islam dengan syarat disertai niat yang ikhlas.

i. Bagi pembayaran zakat melalui Kad Kredit, pembayar hendaklah berniat mewakilkan pihak Bank sebagai wakilnya bagi membayar zakatnya secara tunai kepada amil.
Lafaz niatnya iaitu “Ini zakat yang wajib ke atas diriku pada tahun berjumlah……. dan aku wakilkan balik……..untuk menyelaraskan bagi pihak aku”

ii. Bagi pembayaran zakat melalui Kad Bank Islam tidak perlu berniat mewakilkan kepada pihak Bank Islam.
Lafaz niatnya iaitu “Ini zakat yang wajib ke atas diriku pada tahun ini sebanyak ……… kerana Allah S.W.T.”

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com