Hukum Menggantikan Bangunan Lama Masjid Nurul Iman, Serendah Dengan Bangunan Komersial

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 23 Julai 2002 telah memutuskan bahawa:

Harus merobohkan bangunan Masjid Nurul Iman Serendah yang lama kepentingan awam dengan alasan seperti berikut setelah masjid baru telah siap dibina:

i. Tanah tapak masjid bukanlah merupakan harta wakaf.

ii. Bangunan masjid lama adalah dibina oleh pihak kerajaan dan bukan merupakan harta wakaf.

iii. Sebahagian tapak masjid Nurul Iman termasuk dalam rezab jalan yang perlu dilebarkan.

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor menyarankan sekiranya terdapat Harta Wakaf di Bangunan Masjid Lama yang boleh dimanfaatkan, maka hendaklah dipindahkan kegunaanya ke masjid baru.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com