Hukum Membina Pondok Di Atas Tanah Perkuburan

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 September 2002 telah memutuskan bahawa:

Adalah harus membina pondok sementara di atas tanah perkuburan di kawasan yang masih belum digunakan dengan tujuan untuk :

i. Orang ramai berlindung dari panas dan hujan ketika menziarahi tanah perkuburan.

ii. Orang ramai duduk untuk membaca Yassin.

iii. Orang ramai boleh meletakkan jenazah supaya terlindung daripada panas ketika pengkebumian dilakukan.

Sekiranya kawasan itu hendak digunakan sebagai tapak kubur maka bangunan sementara itu hendaklah dipindahkan atau dialihkan.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com