Hukum Binaan Bangunan Tempat Berteduh/ Rehat Di Tanah Perkuburan

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 19 Februari 2002 telah memutuskan bahawa adalah:

Harus membina binaan bangunan tempat berteduh / rehat kepada penziarah kubur dan setor kecil bagi menyimpan peralatan menggali kubur di Tanah Wakaf Perkuburan. Walau bagaimanapun pembinaan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Di tempat-tempat bersesuaian
ii. Tidak menjadi gangguan kepada kubur-kubur sedia ada di tanah perkuburan
iii. Kegunaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kubur semata-mata.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com