Status Pelaburan PNB berdasarkan Maqasid Syariah

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H memutuskan bahawa: 

statuspelaburan

Jabatan Mufti Selangor memutuskan hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus.

Ia diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April lalu dan dimaklumkan menerusi laman web rasmi Jabatan Mufti negeri

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Fatwa Selangor meminta PNB untuk meneruskan usaha penambahbaikan bagi memastikan pelaburan berkenaan menepati syarak sepenuhnya.

Jawatankuasa Fatwa Selangor turut menyatakan keharusan pelaburan akan dikaji semula selepas tiga tahun dengan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syarak melebihi 75 peratus.

Sumber:  selangorkini.my

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com