KURSUS KEFATWAAN DI DARUL IFTA’, MESIR

Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) telah menyertai delegasi Kursus Kefatwaan di Darul Ifta’, Mesir bermula 27 Ogos 2023 hingga 5 September 2023 anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. JMNS telah diwakili oleh Prof. Madya Dr Hj Miszairi bin Sitiris, S.S. Timbalan Mufti Selangor, Y.Bhg. Dr. Ayman al-Akiti, AJK Fatwa Selangor dan Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali, Penolong Mufti Kanan (Falak).

Kursus ini juga telah disertai seramai 30 orang peserta daripada pelbagai agensi antaranya Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Kedah, Jabatan Mufti Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Universiti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UNISHAMS), Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sempena kursus ini, Mufti Besar Republik Mesir, al-Fadhil Dr. Syauqi Ibrahim ‘Allam telah menyampaikan ucapan pembukaan dan berharap setiap peserta mendapat manfaat daripada kursus ini untuk kebaikan umat Islam.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com