KURSUS INTENSIF PENENTUAN ARAH KIBLAT RUMAH

Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) akan menganjurkan Kursus Intensif Penentuan Arah Kiblat Rumah menggunapakai kaedah yang mudah, praktikal dan tepat pada 10 Ogos 2023 jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. Kursus akan dikendalikan Dato’ Dr. Azhari bin Mohamed, mantan Ketua Pengarah Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali, Penolong Mufti Kanan, Bahagian Falak, JMNS. Orang ramai yang berminat untuk turut serta dalam kursus ini boleh hubungi Ustaz Abdullah Ahmad bin Senin di talian 016-9019846. Penyertaan adalah percuma.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com