Fatwa Ajaran dan Fahaman Ilmu Makrifat (Mengenal Allah) dan Ajaran dan Fahaman Mengenal Diri Iaitu Ilmu atau Ajaran Peninggalan Tok Kenali Kelantan oleh Mohd Yusof Che Wook

1. Ajaran dan Fahaman Ilmu Makrifat (Mengenal Allah) dan Ajaran dan Fahaman Mengenal Diri Iaitu Ilmu atau Ajaran Peninggalan Tok Kenali Kelantan oleh Mohd Yusof Che Wook (“ajaran tersebut”) adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:

(i) Berpegang kepada konsep Wahdatul Wujud;

(ii) Berpegang kepada fahaman Jabbariah;

(iii) Menafsir ayat al-Quran mengikut logik akal;

(iv) Berpegang kepada konsep Nur Muhammad;

(v) Cuba menyebarkan fahaman pluralisme agama; dan

(vi) Pembahagian ilmu syariat, hakikat dan makrifat yang meragukan.

Baca selanjutnya:

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com