Taudhih Al-Falak : Ketetapan Awal Waktu Dhuha

Solat Dhuha adalah amalan sunat muakkadah dan dianjurkan untuk dilaksanakan secara rutin. Daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata:

“Kekasihku SAW telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara yang tidak pernah akan aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa 3 hari setiap bulan hijrah, mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur.”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagaimana dinyatakan dalam buku Kaedah Panduan Falak Syarie, waktu Dhuha ditafsir secara astronomi sebagai waktu syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan Subuh. Berdasarkan ketetapan ini, awal waktu Dhuha adalah apabila Matahari berada pada kedudukan 6˚ berdasarkan parameter kedudukan matahari -18˚ di bawah ufuk bagi penentuan awal waktu Subuh.

Jawatankuasa Falak Negeri Selangor Bil.2 Tahun 2021 setelah mengambil kira asas-asas pertimbangan dan berdasarkan kaedah hitungan yang ditetapkan oleh pihak JAKIM memutuskan awal waktu Dhuha adalah 25 minit selepas terbit matahari.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com