Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Selangor bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.



Shah Alam, 11 Mac 2026 – Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Selangor bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Delegasi Jabatan Mufti Negeri Selangor yang diketuai oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor telah disambut oleh Pengarah PERKESO Negeri Selangor, Encik Muhamad Rashid Othman bersama barisan pegawai kanan.

Kunjungan ini bertujuan mendapatkan penerangan berkaitan pelaksanaan skim dan perkhidmatan PERKESO, khususnya berhubung pengurusan perlindungan sosial serta isu pematuhan syariah yang sering menjadi pertanyaan masyarakat.

Sesi tersebut turut membuka ruang pertukaran pandangan mengenai kepentingan kefahaman masyarakat terhadap konsep perlindungan sosial serta peranan institusi dalam menyampaikan maklumat yang jelas dan tepat kepada masyarakat.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Mufti Negeri Selangor

Accessibility Toolbar