Live Podcast Keajaiban Sedekah

Shah Alam, 2 Mac 2026 – Live Podcast Keajaiban Sedekah yang disiarkan secara langsung menerusi platform tvIKIM pada Isnin telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS).

 

Program yang bersiaran pada jam 2.00 petang itu menampilkan Y.A.D Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor merangkap Ahli Jawatankuasa TIJARI, serta Ustaz Haji Hashim Bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS merangkap Setiausaha TIJARI sebagai panel jemputan. Perbincangan yang dikendalikan oleh DJ Syafiq Salleh menyentuh kelebihan dan keajaiban sedekah, khususnya dalam menyemarakkan amalan infak sepanjang bulan Ramadan.

 

Antara intipati utama yang diketengahkan ialah kepentingan menyalurkan sumbangan melalui saluran yang diyakini dan berautoriti agar manfaatnya dapat diperluaskan kepada golongan sasaran serta pembangunan institusi Islam. TIJARI yang merupakan Tabung Amanah di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus komited dalam merealisasikan ekuiti ukhrawi demi kesejahteraan umat Islam di Negeri Selangor.

 

Program ini mendapat sambutan baik daripada penonton dan diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan budaya berinfak secara konsisten dan terancang.

Accessibility Toolbar