Masjid al-Hidayah Mohon Pandangan Mufti Berhubung Projek Pembesaran Bangunan Masjid
Desa Coalfields, 11 Februari 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan cadangan projek pembesaran Bangunan Masjid al-Hidayah, Desa Coalfields telah diadakan di Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Sesi perbincangan tersebut melibatkan Hj Azmi selaku Nazir Masjid al-Hidayah, Hj Azis daripada Unit Pembangunan serta Hj Sauqi, arkitek Masjid al-Hidayah Desa Coalfields. Tujuan utama pertemuan ini adalah bagi mendapatkan pandangan dan penjelasan Mufti berkaitan perancangan pembesaran bangunan masjid sedia ada.
Semoga perbincangan ini memberi kebaikan dan manfaat demi kemaslahatan jemaah masjid dan komuniti setempat.

