Bengkel Penyediaan Konten Media Sosial JMNS 2026

Bagi memberi khidmat dan memastikan penyampaian yang berkesan kepada umat Islam di negeri Selangor, Bengkel Penyediaan Konten Media Sosial JMNS 2026 telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 6 – 8 Januari 2026 bertempat di Hotel Espira Kinrara, Puchong. Bengkel ini telah disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai pasukan media jabatan.

 

Turut sama hadir ialah Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor, YBhg. Dato’ Dr. Hj. Miszairi bin Hj. Sitiris, yang memberikan sokongan serta pandangan dalam usaha memperkasa strategi penyampaian maklumat hukum-hakam kepada masyarakat.

 

Bengkel ini memberi tumpuan kepada pembangunan isi kandungan serta perancangan media yang berkesan, khususnya dalam penyampaian maklumat hukum-hakam berkaitan bulan Ramadhan, Zulhijjah serta hari-hari kebesaran Islam agar mesej yang disampaikan lebih jelas, tersusun dan mudah difahami oleh masyarakat umum.

 

Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Mufti Negeri Selangor

9 Januari 2026

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Accessibility Toolbar