PAMERAN FALAK SEMPENA PROGRAM MOSQUE OPEN DAYMASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

PAMERAN FALAK SEMPENA PROGRAM MOSQUE OPEN DAY MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

 

Shah Alam, 20 Disember 2025 (Sabtu) – Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui Bahagian Falak telah mengadakan pameran falak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sempena Program Mosque Open Day yang berlangsung pada 20 Disember 2025.

Tujuan utama pameran ini adalah untuk mempamerkan peralatan falak serta memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti, antaranya cerapan menggunakan teleskop, kuiz dan sesi penerangan berkaitan peralatan falak.

Diharapkan penganjuran program ini dapat menyebarluaskan pengetahuan berkaitan ilmu falak serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan ilmu falak.

Accessibility Toolbar