JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR MELAKSANAKAN BENGKEL KEBERKESANAN SASARAN KERJA UTAMA (SKU) 2025 DAN PERANCANGAN SASARAN KERJA UTAMA 2026
Ipoh, 1-3 Disember 2026 (Isnin- Rabu) – Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) telah melaksanakan Bengkel Keberkesanan Sasaran Kerja Utama (SKU) 2025 dan Perancangan Sasaran Kerja Utama 2026 di Hotel Impiana, Ipoh Perak.
Bengkel ini dihadiri seramai 35 orang termasuk Sahibus Samahah Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan S.S Timbalan Mufti Selangor.
Bengkel selama 3 hari yang dilaksanakan adalah untuk menilai keberkesanan aktiviti serta program sepanjang tahun 2025 dan merancang Sasaran Kerja Utama bagi tahun 2026.
Dalam bengkel ini juga turut membincangkan berkenaan Pelan Strategik JMNS 2026 – 2030, keperluan kewangan 2026 dan pembaharuan-pembaharuan yang akan dilaksanakan pada tahun 2026.
Di akhir bengkel, S.S Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor mengharapkan segala perancangan program 2026 berjaya dilaksanakan dan JMNS berjaya mengharungi cabaran-cabaran yang semakin rencam.

