𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌, 𝟐𝟎 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 – S.S. Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir hari ini secara rasmi menerima surat Pelantikan Secara Pertukaran Tetap Sebagai Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Penyerahan surat pelantikan tetap telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dalam satu sesi ringkas yang diadakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Dengan pelantikan tetap ini, S.S. Dato’ Setia tidak lagi berstatus peminjaman dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), malah kini berkhidmat sepenuhnya di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Berbekalkan pengalaman luas dalam bidang akademik, fatwa, dan hal ehwal syariah, pelantikan ini diyakini akan memperkukuh lagi peranan Institusi Fatwa Negeri Selangor dalam mendepani cabaran hukum semasa dengan hikmah dan kebijaksanaan.




