Pandangan Hukum Syarak; Titik Rujukan Baharu Paling Barat Malaysia (Pulau Perak) Bagi Hitungan Takwim

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2021 yang bersidang pada 25 Rajab 1442H bersamaan 9 Mac 2021  memutuskan bahawa;

Titik Rujukan Baharu Paling Barat Malaysia (Pulau Perak) Bagi Hitungan Takwim adalah berdasarkan lokasi Pulau Perak Daerah Yan, Kedah Darul Aman yang terletak kira-kira 114 km lebih barat daripada titik rujukan sedia ada di Tanjung Chinchin, Langkawi. Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan perubahan Titik Rujukan Baharu Paling Barat Malaysia dari Tanjung Chinchin, Langkawi Kedah ke Pulau Perak, Yan Kedah berkuatkuasa pada tahun 2022 (1444H).

Bertarikh 9 Mac 2021

(MJKFNS. BIL.2/2021)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com