Pandangan Hukum Syarak : PNB Telah Mencapai 75% Kepatuhan Syariah Sehingga September 2020

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi’ul Awwal 1442H bersamaan 3 November 2020 memutuskan bahawa:

a) Hukum Pelaburan Permodalan Nasional Berhad PNB dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus kerana telah mencapai 75% patuh syariah.

b) Hukum ini terpakai dengan syarat PNB mengekalkan peratusan yang ditetapkan. Oleh itu, PNB hendaklah berusaha meningkatkan peratusan sehingga patuh syariah sepenuhnya.

c) PNB hendaklah mengemukakan laporan perkembangan pencapaian patuh syariah kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor setiap enam bulan.

Bertarikh 3 November 2020

(MJKFNS. BIL.5/2020)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com